kalam mujahid [K_M]

" SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN DAN FIZIKAL DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH AKU AKAN TERUS LAWAN......LAWAN TETAP LAWAN !!! "

September 14, 2007

TNC kolot, Kebebasan pemikiran kami disekat..

Alhamdulillah. bersua kembali. Panjatkan setinggi kesyukuran pada Allah swt kerana masih memberi ruang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga dengan kemulian bulan ini, bakal memberi kekuatan kepadakita dan sinar hidayah kepada golongan yang sentiasa menyekat kerja Islam. InsyaAllah

PMIUTM dan sekatan ke atasnya..

Nampaknya konco-konco aspirasi yang dikepalai oleh TNC HEP sendiri semakin rancak mencabar kewibawaan kami. Bermula dengan pelantikan Sulaiman Bin Kadikon (mahu dirinya dipanggil SBK-Kononya ada iras-iras SB gitu) sebagai Penasihat PMIUTM yang baru menggantikan Ustaz Puhad Alim. Inilah manusia yang ke mana saja pergi menjaja PhDnya yang diperolehi dari US tapi mampu mengajar aliran agama dan berani mempelekehkan universiti Al-Azhar. Sering kali menggagalkan banyak perancangan persatuan yang bersifat dakwah umum dan sering kali memberi amaran kepada MT PMIUTM untuk tidak terlibat dengan Pilihanraya Kampus.. Inilah satu-satunya penasihat PMIUTM yang boleh dilabelkan sebagai paling bongok. Tindakan2 dia menekan PMIUTM adalah sebagai satu kipas besar bagi mengampu TNC. SBK, u better watch out.. Kedudukan kamu sebagai pengetua di Kolej 11 bisa tergugat dalam PRK kali ini. Tunggu saatnya..

Kemasukan artis dalam konvo dan program-program kolej sudah sampai ke peringkat kritikal. Setiap tahun PMIUTM turun membantah pelaksanaan konsert dan Battle of the Band tapi tidak diendahkan oleh juak-juak ini. dan paling terkini, minggu lepas hampir semua kolej melaksanakan program yang tentatifnya tidak ubah seperti konvo. Kemasukan budaya hedonisme dan persembahan band melampau-lampau. Inilah masa mereka menayang muka calon-calon mereka.

Hampir semua program PMIUTM dibekukan. Tiada alasan yang kukuh. Sekadar menyatakan program PMIUTM bermatlamatkan sesuatu yang "tidak sihat"..apakah sesuatu yang tidak sihat itu? adakah mereka menyangka PMIUTM berprogram demi sesuatu dalam PRK kelak?? dhaif sungguh depa ni. takut juga mereka pada PMIUTM. Bukankah semua jentera universiti dimiliki oleh mereka? apa lagi yang mahu ditakutkan. Inilah hikmahnya sebuah gerakan Islam.. Kecil tapi digeruni.

Ahli PMIUTM dihalang memasuki kolej sepanjang Ramadhan ini. Kerana bimbang kami bangun memberi tazkirah dan bimbang kami menyusuk jarum2 hasutan ketika itu. MasyaAllah.. betapa pendek akal sungguh depa ini. Ok..klu kami x dapat masuk kolej, kami bergempur di masjid. Tahniah kepada saudara Presiden kerana berani memberi tazkirah sesudah solat terawikh tadi. Syabas!! teruskan.

Teman-teman, teruskan perjuangan. PRK dijangka bermula 20 September ini.. Ayuh.. gempur mereka!!!

Labels:

September 06, 2007

SURAT HARAPAN BUAT AYAHANDA TNC
(versi pilihanraya kampus)

Bahang pilihanraya kampus (PRK) seolah-olah sejuk membeku dan tidak pernah panas untuk sesi kali ini. Ternyata jentera kerajaan mahupun pembangkang (hasil 'labeling' puak2 aspirasi) senyap membisu tiada sebarang tindakan agresif. Namun apa mencurigakan adalah tindakan HEP seperti menyembunyikan sesuatu dari pandangan dan perhatian masyarakat kampus. Mana tidaknya, sehingga ke hari ini pemberitahuan mengenai PRK masih belum keluar dan masa sekarang sudah hampir kepada bulan Ramadhan. Sepanjang sejarah PRK, ia tidak pernah dilaksanakan pada bulan penuh berkat tersebut. Apa-apa pun kita meletakkan segala keputusan bilakah ingin dilaksanakannya pada kebijakasaan TNC HEP UTM sendiri.

Namun bagi seorg mahasiswa UTM, menjadi hak K_M untuk menyatakan harapan kepada Ayahanda TNC.

Ayahanda,

Berfikiranlah dengan Minda Kelas Pertama.

Ternyata sepanjang ayahanda berada di kerusi panas (TNC HEP) yang sentiasa menjadi idaman semua orang terutama yang gila kuasa, ayahanda tidak ubah seperti kerbau yang dicucuk hidungnya dan mudah saja di bawa ke hulu dan hilir. Apakah relevan untuk melabelkan kami yang bertindak kerana idealis sebagai mahasiswa sebagai pembangkang? Adakah ayahanda mahu kami menjadi seperti ayahanda yang dengan mudah mengikut apa saja arahan manusia-manusia yang bertindak kerana kebendaan dan pangkat?? Tengok saja tindakan dan perlakuan ayahanda bila bersemuka dengan kami. Semua yang keluar dari mulut ayahanda adalah arahan dari pihak kedua. Sedarkah ayahanda yang kamu kini hanya sebagai boneka dan dipermain2kan oleh mereka!? Kalaulah begitu kedudukannya, mana kreadibiliti ayahanda sebagai manusia yang mepunyai kedudukan Dato', Prof, Ir dan Dr? Mana kehebatan ayahanda sebagai seorang tentera (NAVY)?? Mana hebatnya ayahanda asyik duk bangga dengan first-class holder?? Jadilah kamu seorang TNC yang selari dengan moto UTM, 'World Class University'

Adillah pada semua.

Ayahanda, buktikan pada sesi pilihanraya kali ini yang kamu seorang yang adil pada semua anak-anak kamu.. Jadilah individu yang mahu melihat anak-anaknya bersaing secara sihat dalam membentuk keperibadian dan kepimpinan yang mantap dalam diri. Memberi hak yang sama rata. Biar kami yang menentukan siapa pemimpin kamu. Cukuplah kamu sebagai Pengerusi SPR PRK yang telus tidak memihak pada mana-mana pihak. Andai kamu masih dengan gaya lama, menubuhkan jentera aspirasi dan terus melabel kami sebagia pembangkang, ternyata kamu tidak adil!!!

Jangan sekat pemikiran kami!! Jangan jumudkan kami..

Cukuplah dengan menjadikan juak2 aspirasi satu kumpulan yang jumud.. Janganlah cuba libatkan kami dengan kejumudan pemikiran ayahanda. Menjadi seorang yang beku pemikirannya seperti ayahanda kami tak rela. Kami tak rela menjadi seperti pepatah melayu ' Bapak borek, anak rintik'.. Kami tak redha!! jadikan kami anak ayahanda yang lebih advance dalam membina diri dan bukan pak turut dalam menentukan jalan hidup kami.. Kami mohon dengan sangat.. Jangan jumudkan kami..

Jadilah ayahanda yang terbaik.

Seorang anak tentu sekali mendambakan ayah yang baik kerana dengan itu dia boleh berbangga di kemudian hari. Bangga kerana dikurniakan ayahanda yang berminda kelas pertama sesuai dengan kedudukannya dan tidak pernah menyekat idealis kami. Itulah harapan kami.

Ayahanda, InsyaAllah kamu bisa jadi yang terbaik jika mempunyai pandangan sendiri yang teguh tanpa dimomok oleh pihak lain..

July 15, 2007

SAMBUTAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN DI SEBUAH UNIVERSITI

Inilah tahap kesedaran sebuah universiti di selatan tanah air terhadap kesungguhan pemimpin negara menyambut 50 tahun kemerdekaan. Papan tanda Sambuan Kemerdekaan Ke-49 masih usang berdiri dan hampir rebah menyembah bumi..

Universiti yang kononnya melabelkan diri dengan slogan "World Class University" ternyata tidak se"class" mana pun. Lagi sebulan lebih kita akan menjengah tarikh keramat 31 Ogos... dan inilah kesedaran pentadbiran dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mereka.. Nama sahaja yang lebih...




Sungguh mengecewakan dan memalukan!!!!!

* lokasi gambar: di persimpangan ke bangunan pentadbiran, berdekatan pintu masuk utama...

Labels:

June 18, 2007

Kenapa kepimpinan agama kurang berjaya?

Salam kasih dan setinggi syukur K_M panjatkan kepada Allah SWT kerana kerana kehendakNya K_M masih Islam sehingga ke hari ini dan InsyaAllah akan terus istiqomah. Begitu juga hendaknya buat teman-teman diluar sana. Kesibukan K_M menruskan hidup sebagai seorang mahasiswa menjadi kekangan untuk menulis. Lagi 5 hari genaplah 2 bulan K_M menyepi. Cukup-cukup mengecewakan. Semoga Allah terus memberi kekuatan dan idea kepada K_M untuk terus menulis.

K_M tertarik dengan artikel dalam Utusan Malaysia online hari ini hasil tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)." Kenapa kepimpinan agama kurang berjaya? ". Bukanlah niat K_M untuk sealiran dengan beliau tetapi apa yang ditulis satu tamparan hebat buat golongan yang digelarkan cerdik pandai agama.

Gaji, kemudahan, kemewahan dan kedudukan menjadi golongan ini seolah-oleh bisu, pekak dan buta terhadap segala permasalahan ummat!! Bukanlah K_M hendak menunding jari kepada sesiapa tetapi apa yang dinyatakan beliau ada benarnya. Sudah ada contohnya. Kalaulah dulu boleh berbicara soal agama, tetapi sekarang sudah menjadi 'lembu kurang upaya' yang boleh ditarik ke sana ke sini. Tidak perlu dinyatakan siapa kerana ia akan menjadi serangan peribadi.

Dua aspek pemilihan pemimpin; Al-Quwwah (kekuatan & kemampuan) serta Al-Amanah (amanah). Jadi apakah pemimpin sekarang memiliki sifat-sifat sebegitu?? Rasuah semakin menular menjadi barah dalam diri setiap pemimpin BN. K_M teringat pada artikel kitaro dalam blognya yang membandingkan antara Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dengan moto 'Membangun Bersama Islam' dan Annuar Musa dengan slogannya 'Manhaj Islam Hadhari'. Manhaj? Bunyinya macam manhaj tarbiyah. Entah dia paham atau tidak ertinya manhaj itu tapi yang pasti juak-juak UMNO ni pandai bermain slogan dan moto tapi tiada tindakan. NATO (No Action, Talk Only)!!

17 tahun sudah memadai untuk Kelantan membuktikan bahawa kepimpinan ulama bukan satu agenda kosong. Ternyata Tuan Guru membuktikan dalam banyak hal yang kebanyakan menjadi ikutan kerajaan Pusat. Inilah kepimpinan terbaik. Bukanlah menjadi seorang PM tetapi lemah dalam menangani masalah murtad!! Gagal mengembalikan hak-hak Melayu!! Berpendidikan agama tetapi pegang pompuan!! Lebih yakin tenaga luar berbanding anak jati negara sendiri!! Cukup-cukup melampau sebagai seorang PM yang berimejkan orang agama!!

PRU 12 akan bakal menjadi bukti bahawa kepimpinan Pak Lah adalah penuh omongan dan sekadar retorik.. InsyaAllah Kerajaan Islam Kelantan akan terus kekal dan melebarkan pengaruhnya ke negeri-negeri lain.. Bersama bermohon pada Allah semoga Islam tertegak di bumi Malaysia.

p/s: Semoga gerakan Islam di Malaysia terus subur dan memekar

Labels:

April 23, 2007

MELAYU TIDAK MINAT POLITIK...

Hampir 4.9 juta rakyat yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih. Dan dari jumlah itu hampir 80% adalah kaum Melayu. Dalam laporan Utusan Malaysia antara faktor mengapa perkara ini terjadi adalah kerana Melayu tidak minat politik. Perkara serius ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng mahupun sebelah mata oleh pemimpin UMNO khususnya dinisbahkan dengan diri mereka sebagai 'pejuang bangsa'. Jangan biarkan Melayu merempat dan mengemis dinegara sendiri.

perkara ini bukanlah satu perkara yang lahir dengan sendiri tetapi ditunaskan oleh agen-agen penyebab:
1) Malaysia tidak demokrasi dan telus

- Media massa dikuasai oleh pihak kerajaan. Semua yang dimuatkan dalam setiap berita adalah berupa ampu kerajaan dan yang tinggal untuk pembangkang hanyalah dakyah2 yang menjijikan!!

- SPR tidak telus melaksanakan Pilihanraya. Sehingga ke hari ini cadangan untuk menggunakan dakwat/celup jari masih belum dilaksanakan. Apakah ianya satu perkara yang sukar?

2) Rakyat dihanyutkan dengan hiburan

- Sebut aja hiburan apa yang tidak ada dalam negara kita? Rancangan realiti?artis celupar hina isteri nabi?black metal? Kita menjuarai segala bentuk hiburan dan maksiat!!! cuba bilang artis negara. sape paling ramai. tentu sekali melayu. dan akhirnya melayu terus hanyut dengan budaya hedonisme, lupa akan peranan sebenarnya untuk mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa melayu!!! sekarang ini hiburan yang melampau sudah berani menginjak kaki ke dalam kampus. Pada konvokesyen yang lepas artis VE telah masuk UTM.. Hebat sungguh. hilang akhirnya status intelektual mahasiswa universiti.

3) Melayu mudah lupa

Lihat sahaja pada pilihanraya kecil Ijok. sepanjang 3 kali edisi pilihanraya, walaupun dengan komposisi pengundi melayu melebihi 50% tetapi calon MIC tetap juga diangkat sebagai wakil rakyat. Cukup memalukan!! Biarlah BN yang bengong tu mahu meletakkan calon India di Ijok tu tetapi kita sebagai Melayu perlu sedar akan kedudukan kita. K_M doakn Tan Sri Abdul Khalid dapat merubah peta politik Ijok danm menjadikan ia satu mementum kepada perubahan kerajaan pada PRU-12 akan datang. InsyaAllah



4) Bapa borek anak rintik

Mana mungkin anaknya baik jika bapanya berjalan pun x betul. Tengok sendiri politik kotor dan kolot UMNO.. Samseng, Rasuah, Tol Naik, Minyak naik, dan semua naik...

BN-Barang Naik

p/s: sedarlah wahai kaumku sebelum terlewat.

Labels:

April 03, 2007

APABILA ISLAM HANYA PADA KULIT

K_M teringat kembali bagaimana kamu berdemonstrasi di hadapan Hotel Selesa, Johor Bharu. Berkumpul mempertahankan kesucian akidah umat Islam; menghalang forum yang dilaksanakan oleh Kumpulan Artikel 11. Jiwa kami pada masa itu cukup terkesan sehingga tanpa kami sedari kami menitiskan air mata. Mengalirkan air mata demi mempertahankan akidah.

Biarlah itu menjadi lipatan sejarah untuk terus kami berjuang mempertahankan kedaulatan Islam. Semoga ianya menjadi kredit apabila kami bertemu Allah SWT di akhirat kelak.

Kekesalan K_M pada pemimpin negara yang diberi kuasa untuk mentadbir. Terlalu banyak perkara yang menggugat keharmonian Islam. Kes murtad, IFC, artis celupar, manusia mengaku nabi, imam Mahdi, dan banyak lagi. Namun itu seolah-olah satu perkara kecil; letak aja ke tepi. Jangan dipikir asalkan keharmonian hidup bermasyarakat dan pelbagai agama terjaga. Sungguh memalukan. Adakah mereka tidak sedar jawatan itu adalah amanah. Amanah untuk melaksanakan Islam.

Islam Hadhari. Macam mana mahu tadbir negara? Sedangkan diri pun tidak mengamalkan islam sepenuhnya. Pegang perempuan, main pompuan, isteri tak pakai tudung..

Jangan dikau cari as-syafie mahupun al-ghazali. Jangan kau bongkar kitab suci Al-Quran. Cukup dengan sedar bahawa nama kamu ABDULLAH!!!!


Itu bab pemimpin. belum lagi bab rakyatnya. Artis celupar menghina isteri Nabi. Astagfirullah.. Rogol,rompak,sumbang mahram,pergaulan bebas,arak,judi... banyak lagi. Macam mana nk jadi Negara Islam? Kalaulah sekadar isytihar tanpa sebarang pelaksanaan, USELESS!!!!

Dan yang terbaru, kenyataan celupar dari GERAKAN. Mahukan Mufti Perak dipecat. Cukup mencabar kewibawaan Islam. Jangan cuba untuk bermain dengan api!!! Isu Islam adalah isu sensitif. Jangan kerana kebodohan kamu 13 Mei meletus lagi!!

p/s: UMNO,kalaulah betul kamu pejuang bangsa, jgn biarkan kaum lain pijak kepala Melayu!!!

Labels:

March 25, 2007

Siapa jumud? Siapa kuno?

Dalam kesempitan masa dan kekangan akademik, K_M terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan artikel dalam ruangan surat dan emel Berita Harian yang bertarikh 20 Mac 2007. Satu surat pembaca ditulis oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai “Pelajar Tahun Akhir” bertajuk Hiburan kurangkan tekanan penuntut UTM.

Ternyata kebodohan penulis terserlah. Pelajar yang mahu dirinya dipanggil intelek itu ternyata menukilkan satu rencana yang membodohkan diri sendiri.

Adakah dengan kemasukan artis seperti Faizal AF4 itu dikatakan satu penerapan budaya intelektual bagi mengurangkan tekanan belajar seharian?? Soalan yang pertama berkisar pada batang tubuh artis tersebut. Apa yang inteleknya si faizal tu. Sampai tahap mana dia belajar. Satu jek yang K_M perasan dengan mamat Faizal ni. Dia suka menyengih. Apa yang disengih ntah. Mungkin itu yang dimaskudkan penulis tentang inteleknya Faizal itu; suka sengih!!!

Battle of The Band malam semalam sungguh mengasyikkan. Dengan nafas baru apabila diberi nama baru Band Extravaganza. K_M tabik spring kat bebudak yang terkinja-kinja atas pentas dengan petikan gitar yang membingitkan. Penonton yang dengan selambanya turut bersorak-sorak, terkinja-kinja. Yang pompuan dengan pakaian tak cukup kain dan mungkin juga tersilap memakai baju adiknya yang darjah 1. pinjam kejap. Laki dan pompuan berkepit melebihkan pasangan yang dah kawin. Tak cukup dengan itu. Ditampilkan pula dengan artis VE!!! Bermula dengan Exist, Kru dan hari ini mencatat sejarah dengan kemunculan VE!!! Hebat UTM. hebat...hebat... Semakin kurang ajar kamu dengan Islam. Ayahanda TNC, kamu ternyata lemah mengatur dan memantau perjalanan konvo. Sungguh memalukan. Inilah suasana intelek yang cuba dibawa oleh juak-juak UMNO (UMNO pun masuk kampus la. Jangan duk tunding jari kat PAS jek!!!). Dan mungkin ini yang dimaksudkan oleh penulis artikel tersebut.

Tahniah pada Kelab Keusahawaan dan juak-juak kamu yang tenyata dengan keterbukaan kamu telah mededahkan kebodohan budaya intelek ciptaan kamu. Budaya intelek ciptaan kamu adalah dengan adanya hiburan melampau, budaya hedonisme menguasai kampus, laki dan pompuan berkepit dan membonceng, pelajar tidak boleh terlibat dengan sebarang kerja-kerja memadanikan manusia; apa yang perlu kamu buat hanya belajar dan berhibur!! Ternyata budaya intelek kamu sungguh jumud dan kuno!!! Semakin kamu menghampiri kemajuan semakin kamu ke arah kehidupan seperti masyarakat zaman purba!!!

Kepada Pelajar Tahun Akhir tersebut, kamu ubah dulu pemikiran kuno kamu sebelum mengesyorkan orang lain mengubah fikiran. Sebenarnya kamulah yang jumud dan kuno. Nama saja pelajar bakal konvokesyen tapi pemikiran masih di takuk lama.

p/s: sakit kepala dek bingitnya Konsert Band Extravaganza masih terasa. Moga2 usaha edar risalah semasa konsert dapat menyedarkan mereka.

Labels: