CAKAP TAK SERUPA BIKIN...
Alhamdulillah.. setelah disibukkan dengan hal-hal akademik, K_M diberi kesempatan untuk menulis. Tuduhan pak-pak menteri kepada semua bloggers dan serangan SB UTM ke atas bloggers MAHASISWA UTM, menjadi inspirasi kepada K_M untuk meluangkan sedikit masa menulis.
Isu yang sentiasa menjadi topik mahasiswa kampus iaitu soal kebajikan. Bermula dengan semester yang lepas UTM telah melaksanakan peraturan jam 12 malam. Semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari kampus selepas jam 12 tgh malam. Banyak persatuan menyokong tindakan universiti kerana melihatkan pada masalah jenayah yang banyak menimpa pelajar seperti ragut. Walaupun pada mulanya ramai pelajar memberontak kerana menghalang hak kebebasan. Namun setelah ditaburkan janji-janji untuk menyediakan cafe-cafe yang beroperasi sehingga larut malam, ia telah banyak meredakan keresahan pelajar tambah2 bila time nak menonton EPL dan UEFA Champions League..(perlu diakui mmg itu minat muda-mudi sekarang).
Pada mulanya dijanjikan banyak cafe akan melanjutkan waktu operasinya; P19, CP, Meranti dan banyak lagi.. Namun akhir-akhir ini yang tinggal hanyalah cafe P19. Bermula dengan servis yang baik dengan skrin besar. Namun servisnya merosot. Lambat ambil order, makanan lambat sampai; roti canai kosong sekeping pun kene tunggu setengah jam. logik ke?? Skrin besar dah tak ada. Namun pihak yang bertanggungjawab tetap membisu buat pekak badak. Bila diutarakan pada MPP, depa yang bodo jek. Takkan la kita nak pegi jumpa TNC tu?? Kalu gitu tak perlulah MPP. Tak payah buat pilihanraya. Kalau MPP sekadar duk perabih duit rakyat g melancong ntah apa2 tu baik tak payah turun mengundi. useless!!! abiskan masa jek.
Soal kebajikan yang sepatutnya menjadi fokus utama MPP telah diabaikan. Mohon pada MPP bertindak. Shamsul Bahari jangan hanya berpeluk tubuh!!! Mana janji-janji kamu semasa berkempen!!! CAKAP TAK SERUPA BIKIN.. MPP hanya tahu menabur janji kosong... Mohon kepada wakil MAHASISWA dalam MPP bertindak segera.. Jadilah kamu pemimpin yang mampu membawa perubahan pada universiti!!!
p/s : sayangilah UTM kita...
Labels: politik kampus

0 Comments:
Post a Comment
<< Home