APABILA ISLAM HANYA PADA KULIT
K_M teringat kembali bagaimana kamu berdemonstrasi di hadapan Hotel Selesa, Johor Bharu. Berkumpul mempertahankan kesucian akidah umat Islam; menghalang forum yang dilaksanakan oleh Kumpulan Artikel 11. Jiwa kami pada masa itu cukup terkesan sehingga tanpa kami sedari kami menitiskan air mata. Mengalirkan air mata demi mempertahankan akidah.
Biarlah itu menjadi lipatan sejarah untuk terus kami berjuang mempertahankan kedaulatan Islam. Semoga ianya menjadi kredit apabila kami bertemu Allah SWT di akhirat kelak.
Kekesalan K_M pada pemimpin negara yang diberi kuasa untuk mentadbir. Terlalu banyak perkara yang menggugat keharmonian Islam. Kes murtad, IFC, artis celupar, manusia mengaku nabi, imam Mahdi, dan banyak lagi. Namun itu seolah-olah satu perkara kecil; letak aja ke tepi. Jangan dipikir asalkan keharmonian hidup bermasyarakat dan pelbagai agama terjaga. Sungguh memalukan. Adakah mereka tidak sedar jawatan itu adalah amanah. Amanah untuk melaksanakan Islam.
Islam Hadhari. Macam mana mahu tadbir negara? Sedangkan diri pun tidak mengamalkan islam sepenuhnya. Pegang perempuan, main pompuan, isteri tak pakai tudung..
Jangan dikau cari as-syafie mahupun al-ghazali. Jangan kau bongkar kitab suci Al-Quran. Cukup dengan sedar bahawa nama kamu ABDULLAH!!!!
Itu bab pemimpin. belum lagi bab rakyatnya. Artis celupar menghina isteri Nabi. Astagfirullah.. Rogol,rompak,sumbang mahram,pergaulan bebas,arak,judi... banyak lagi. Macam mana nk jadi Negara Islam? Kalaulah sekadar isytihar tanpa sebarang pelaksanaan, USELESS!!!!Dan yang terbaru, kenyataan celupar dari GERAKAN. Mahukan Mufti Perak dipecat. Cukup mencabar kewibawaan Islam. Jangan cuba untuk bermain dengan api!!! Isu Islam adalah isu sensitif. Jangan kerana kebodohan kamu 13 Mei meletus lagi!!
p/s: UMNO,kalaulah betul kamu pejuang bangsa, jgn biarkan kaum lain pijak kepala Melayu!!!
Labels: islam itu indah


1 Comments:
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
<< Home